Makna Ikon Dalam Jadual Saham 3RUDS

Ikon yang menyusuli nama saham ataupun harga saham merupakan satu cara untuk mengenalpasti status saham dalam jadual saham dengan lebih mudah.

Ada 5 ikon yang digunakan buat masa ini dan penggunaannya diterangkan seperti di bawah:

alert-triangle-yellow-512-2 : CAUTION

Saham yang menghasilkan ikon ini telah MULA menghasilkan petanda-petanda awal jualan. Saham perlu menghasilkan petanda-petanda lain untuk menghasilkan petanda jualan (SELL SIGNAL) yang terakhir. Ikon ini akan hilang apabila saham menghasilkan aras tertinggi yang baru (new high).

bomb-512-2 : SELL!!!

Saham yang menghasilkan ikon ini TELAH menghasilkan Penanda Jualan (Sell Signal) yang terakhir dan telah confirm/pasti untuk dijual.

tick-green-512-2 : BUY

Ikon ini menandakan harga-harga belian optimum sesuatu saham. Saham boleh dibeli selagi masih dalam julat yang ditandakan oleh ikon ini. Apabila saham telah keluar daripada julat belian ini, ikon ini akan hilang. Saham berisiko tinggi untuk dibeli apabila telah keluar daipada julat belian ini.

red-asterisk-2 : SUPPORT

Ikon ini menandakan harga-harga jualan optimum sesuatu saham. Ada 4 peringkat harga yang saham akan lalui (STOP LOSS, TRAILING STOP, LSDD, 3RUDS) dan ikon ini akan menandakan harga saham yang tertinggi untuk dijual. Kebiasaaanya sebaik saham telah menghasilkan petanda belian (BUY SIGNAL), ikon ini akan terus menandakan harga STOP LOSS sebagi harga SUPPORT yang mana jika saham jatuh semula dan menyentuh harga SUPPORT pada STOP LOSS ini, kama saham terbabit perlu dijual serta-merta.

clock-512-2 : WATCH

Ikon ini menandakan yang saham terbabit perlu dipantau untuk pastikan samaada pada hari tersebut saham naik dan mencapai harga belian yang optimum. Jika saham mencapai harga belian yang ditandakan oleh ikon ini dan kriteria-kriteria lain, maka ikon in akan bertukar kepada ikon BUY.